Thursday, November 17, 2011

Burger Ikan Dori H.M.C - Wahidan


Bahan-bahan Burger Ikan Dori :
  • Isi Ikan Dori
  • Tepung Gandum
  • Tepung Beras
  • Garam, Gula dan Lada Sulah
  • Air
  • Minyak
Bahan-bahan Sos Avocado :
  • Buah Avocado
  • Bawang Merah Kecil
  • Bawang Putih (dicincang)
  • Garam, Lada Sulah
  • Limau
Bahan-bahan Hiasan :
  • Bawang Besar
  • Timun
  • Tomato
  • Daun Salad
  • Jeruk Bawang
  • Roti Burger
Cara-cara Penyediaan Burger Ikan Dori :
  • Gaul tepung gandum dan tepung beras kemudian masukkan garam, gula dan lada sulah.
  • Bancuh tepung gandum dan air sehingga pekat sedikit.
  • Perap ikan dengan garam dan lada sulah.
  • Panaskan minyak untuk menggoreng.
  • Ambil ikan tadi celup dalam tepung bercampur dengan air kemudian dalam tepung (yang tidak dicampur dengan air) untuk menyalut ikan.
  • Goreng ikan dalam kuali hingga Nampak kekuningan angkat dan ketepikan.
Cara-cara Penyediaan Sos Avocado :

Belah avocado ambil isinya dan lenyekkan kemudian masukkan bawang merah kecil dan bawang putih yang telah dicincang, gaul sehingga sebati untuk perasa masukkan garam, lada sulah dan limau.

No comments:

Post a Comment