Thursday, November 17, 2011

Udang Meriah Neuvida - Azlina


Bahan-bahan Udang :
  • 5 ekor Udang Besar
  • 50 gm Almond (dikisar kasar)
  • 1 Telur (dipukul)
  • Garam
  • Lada Sulah
Bahan-bahan Mayonis Bawang Putih (Aoilin) :
  • 1 sudu besar Jus Lemon
  • 1 Kuning Telur
  • 1 ulas Bawang Putih (dicincang)
  • Garam
  • 5 sudu besar Minyak Neuvida
Bahan-bahan Salad Soo Hoon :
  • 1 bungkus kecil Soo Hoon
  • Segenggam kecil Daun Ketumbar
  • 2 sudu besar Jagung
  • 1 batang Cili (dihiris)
Bahan-bahan Sos Minyak Udang :
  • 5 kepala Udang dan kulit Udang
  • 1 cawan Minyak Neuvida
  • 2 ulas Bawang Putih
  • 2 batang Cili (dihiris)
  • ½ biji Bawang Besar (dicincang)
  • 1 sudu besar Jus Lemon
  • Garam
  • Gula
Cara-cara Penyediaan Udang :
  • Kupaskan udang dan tinggalkan ekornya.
  • Hiriskan di bahagian belakang udang dari kepala ke ekor dan buangkan tali perut.
  • Panaskan minyak.
  • Salutkan udang dengan badam, kemudian celupkan ke dalam telur dan sekali lagi salutkan dengan badam.
  • Gorengkan sehingga keemasan.
Cara-cara Penyediaan Mayonis Bawang Putih (Aoilin) :
  • Campurkan kuning telur dan jus lemon dalam mangkuk besar.
  • Kacaukan sehingga sehingga sebati.
  • Tuang minyak sedikit demi sedikit sambil dikacau untuk menggabungkan minyak, telur dan jus lemon sehingga pekat.
  • Masukkan bawang putih dan garam sehingga cukup rasa.
Cara-cara Penyediaan Salad Soo Hoon :
  • Rebuskan Soo Hoon.
  • Rebuskan jagung.
  • Campurkan semua bahan di atas dan ketepikan.
Cara-cara Penyediaan Sos Minyak Udang :
  • Masukkan minyak, bawang putih, cili, bawang besar (tinggalkan sedikit untuk sos)
  • Biarkan bahan-bahan didalam minyak sehingga naik bau.
  • Tapiskan dalam mangkuk bersih, ambil 3 sudu besar minyak, udang, jus lemon, bawang besar garam dan gula.
  • Biarkan sehingga sebati.
  • Toskan sos bersama salad Soo Hoon.

No comments:

Post a Comment