Tuesday, November 29, 2011

Ayam Panggang Mediterranean - Kumpulan Biru


Bahan-bahan :

  • Ayam bahagian dada (dipotong bahagian kecil dan dibuang kulitnya)
  • Bawang Putih dipotong dadu
  • Bawang Holland (potong dadu)
  • Tomato Paste dan Tomato Puree
  • Lada Benggala Hijau (potong dadu)
  • Mentega
  • Serbuk Bawang Putih (bahan perapan)
  • Serbuk Kayu Manis (bahan perapan)
  • Serbuk Paprika (bahan perapan)
  • Serbuk Kurman (bahan perapan)
  • Garam dan Lada Sulah
  • Tomato Kecil Kuning dan Merah
  • Buah Zaitun Hitam
  • Serbuk Ketumbar
  • Serbuk Jintan Manis



Cara-cara :

  • Perapkan ayam dengan bahan-bahan perapan (pada kedua belah dada ayam). Goreng kedua-dua belah dan ketepikan. Tambah garam dan lada sulah.
  • Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan bawang Holland, bawang putih hingga naik wangi.
  • Tambahkan pes tomato dan puri tomato serta bahan-bahan serbuk yang digunakan dalam bahan perapan tadi.
  • Tambahkan 3 cawan air dan biarkan mereneh.
  • Tambahkan serbuk ketumbar dan jintan manis, biarkan sebati.
  • Tambahkan garam dan lada sulah dan masukkan tomato dan buah zaitun hitam.
  • Tutup api dan masukkan mentega, biarkan sebati.



Pasukan Biru: Shahriah (Ketua Kumpulan), Ary Malik, Deena, Zamir, Zahin, Kamaruzzaman, Azlina, Mastura, Brian



No comments:

Post a Comment