Sunday, November 20, 2011

Bubur Jagung Istimewa dan Udang Goreng Daun Ketumbar - Shahriah


Bahan-bahan Bubur Jagung Istimewa :

  • 1 mangkuk kecil Beras
  • 3 ketul Kaki Ayam
  • 1 1/2 inci Halia
  • Garam secukup rasa
  • 2 inci Batang Leek
  • 3 ulas Bawang Kecil
  • 3 sudu Minyak
  • 5 cawan Air
  • 1 batang Jagung
  • 3 ulas Bawang Putih
  • Lada Sulah


Bahan-bahan Udang Goreng Daun Ketumbar :

  • 3 ekor Udang
  • 2 ulas Bawang Merah
  • Lada Sulah
  • 1 bungkus Mee Suhun
  • 2 sudu besar Minyak
  • 2 ulas Bawang Putih
  • Garam
  • 1 inci Halia
  • 1 tangkai Lada Merah
  • 3 batang Daun Ketumbar


Cara-cara Penyediaan Bubur Jagung Istimewa :

  • Perapkan kaki ayam dengan lada sulah dan garam.
  • Rebuskan nasi sehingga mendidih masukkan kaki ayam.
  • Potong dadu bawang merah, bawang putih dan halia.
  • Tumiskan bahan yang telah dipotong dadu sehingga naik bau dan masukkan ke dalam nasi yang telah menjadi bubur.
  • Setelah bubur kembang dan kaki ayam empuk, masukkan leek, jagung dan sesuaikan rasa.
  • Hidangkan bersama gorengan minyak bawang merah, bawang putih dan halia dan sedikit serbuk lada sulah.


Cara-cara Penyediaan Udang Goreng Daun Ketumbar :

  • Perapkan udang bersama bawang merah, bawang putih, halia dan lada merah dipotong didadu, garam dan lada sulah.
  • Panaskan minyak dan goreng udang sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  • Hiris daun ketumbar dan goreng sehingga garing. Masukkan mee suhun dan goreng.
  • Angkat dan hidangkan bersama-sama udang.

No comments:

Post a Comment