Tuesday, November 29, 2011

Daging Panggang Kuzi dengan Kus-Kus Briyani - Kumpulan Biru


Bahan-bahan Daging Panggang Kuzi :

  • Daging Batang Pinang
  • Rempah kuzi (semua rempah disangani dan dikisar halus)
  • Ketumbar, Jintan Putih, Jintan Manis, Lada Putih, Kayu Manis, Bunga Lawang, Buah Pelaga, Cengkih
  • Bawang Holland (dimayang dan digoreng)
  • Bawang Merah (dimayang dan digoreng)
  • Bawang Putih (dimayang dan digoreng)
  • Tomato Puri
  • Susu Cair
  • Halia
  • Garam dan Gula
  • Kacang Gajus (digoreng)
  • Kismis (digoreng)



Bahan-bahan Kus-kus Briyani :

  • Couse-couse
  • Susu Cair
  • Tairu (susu cair + lemon)
  • Saffron (rendam sedikit air)
  • Bawang merah kecil (hiris/mayang)
  • Bawang putih (mayang)
  • Halia (mayang)
  • Kayu Manis
  • Cengkih
  • Bunga Lawang
  • Buah Pelaga
  • Mentega/Minyak Sapi
  • Serai
  • Susu Cair



Cara-cara Penyediaan Daging Panggang Kuzi :

  • Kisarkan bawang Holland, bawang merah dan bawang putih.
  • Butterflykan daging batang pinang.
  • Tumiskan kayu manis, cengkih, buah pelaga dan halia.
  • Masukkan rempah kuzi dan tumis sehingga garing.
  • Masukkan kesemua bawang goreng yang telah dikisar.
  • Masukkan susu cair dan tomato puri.
  • Masukkan kismis dan gajus dan perasa.
  • Masak sehingga kuah pekat.
  • Leperkan daging dan sapukan kuah kuzi di atas daging.
  • Kemudian gulungkan daging seperti swiss roll dan ikat dengan ‘Butcher String’.
  • Bakar di dalam oven selama 20 minit pada suhu 180 darjah celcius.



Cara-cara Penyediaan Kus-kus Briyani :

  • Panaskan minyak sapi/mentega, tumiskan kayu manis, cengkih, bunga lawang, buah pelaga.
  • Tumiskan bawang merah dan bawang putih, serai, halia sehingga naik bau.
  • Masukkan air, susu cair dan didihkan.
  • Masukkan couse-couse dan kacau rata.
  • Angkat dan hidangkan.



Pasukan Biru: Shahriah (Ketua Kumpulan), Ary Malik, Deena, Zamir, Zahin, Kamaruzzaman, Azlina, Mastura, Brian

No comments:

Post a Comment