Tuesday, November 15, 2011

Stim Ikan Halia - Azlina


Bahan-bahan Stim Ikan :
  • 1 ekor - Ikan kerapu merah
  • 2 inci - Halia (dipotong julienne)
  • 3 ulas - bawang putih (hiris halus)
  • 10 helai - daun kucai (potong 3 inci panjang)
  • 3 sudu besar - kicap cair
  • 2 sudu besar - minyak bijan
Bahan-bahan Tumisan Sayuran :
  • 1 batang - lobak merah (hirisan nipis)
  • 10 biji - kacang peas
  • 1 sudu besar - kicap cair
  • 2 sudu besar - air
  • 3 ulas - bawang putih (dicincang halus)
  • 1 sudu kecil - minyak bijan
Bahan-bahan Minyak Bawang Goreng :
  • 1 biji - bawang merah besar (hiris halus)
  • 5 ulas - bawang putih (hiris halus)
  • 1 inci - halia (hiris Julienne)
Cara-cara Memasak Stim Ikan :
  • Kelarkan ikan, depan dan belakang.
  • Perapkan ikan dengan 2 sudu besar kicap cair dan ketepikan.
  • Gaulkan sehingga sebati kicap cair, halia, bawang putih dan daun kucai.
  • Sumbatkan bahan-bahan tersebut ke dalam perut ikan dan dikelarkan.
  • Stimkan ikan selama 15-20 minit sehingga masak, bergantung kepada saiz ikan.
Cara-cara Memasak Tumisan Sayuran :
  • Panaskan kuali bersama sedikit minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi
  • Masukkan lobak merah dan tumis sehingga separuh masak.
  • Selepas itu, masukkan pula kacang peas, kicap cair dan air. Gaul bahan tersebut hingga sebati.
  • Tutup api dan gaulkan bersama minyak bijan.
Cara-cara Memasak Minyak Bawang Goreng :
  • Panaskan kuali bersama minyak, dan tumiskan kesemua bahan sehingga garing.
  • Tuangkan minyak dan bawang yang telah ditumis garing di atas stim ikan.

No comments:

Post a Comment