Tuesday, November 15, 2011

Kerapu Cina Merantau Di Italie - Brian


Bahan-bahan A :
  • ¼ cawan - Tepung
  • 1 sudu kecil - Serbuk rempah 5 sekawan
  • Secukup rasa - Lada Hitam
  • Secukup rasa - Garam
Bahan-bahan B :
  • 2 biji - Bawang Kuning Besar (dicincang)
  • 3 biji - Tomato Besar (dipotong kiub)
  • 3 sudu besar - Sos Cili
  • ½ cawan - Stok Ayam
  • 1 inci - Halia
  • 1 sudu kecil - Serbuk Rempah 5 Sekawan
  • 1 biji - Mangga lili (dipotong kiub)
  • Lada benggala (merah dan kuning)
Bahan-bahan Ikan Masam Manis :
  • ½ bahagian - Ikan Kerapu
  • 3 keping - Harisan Halia (dipotong kecil)
  • 3 ulas - Bawang Putih (dihiris)
  • 4 sudu besar - Sos tomato Maggi
  • Secukup rasa - Garam
  • Tepung gandum
  • Dipotong dadu kecil
  • ½ biji - Bawang Merah
  • ¼ batang - Lobak Merah
  • ¼ biji - Lobak Belanda
  • ½ biji - Tomato
Cara-cara :
  • Perap ikan bersama sos tiram, serbuk lada dan garam.
  • Pada masa yang sama, rebus lobak sehingga empuk.
  • Kemudian, gulung ikan dengan membalut asparagus, lobak dan cendawan dan ikat dengan menggunakan daun bawang menjadi gulungan.
  • Panaskan periuk bersama air dan kukus ikan selama 10 minit.
  • Selepas itu, panaskan kuali bersama minyak, dan goreng halia dan bawang putih sehingga menjadi garing.
  • Perapkan fillet ikan bersama lada hitam, garam dan serbuk rempah 5 sekawan selama 10 minit.
  • Salutkan ia bersama tepung yang telah dicampurkan dengan lada putih, garam dan serbuk rempah 5 sekawan.
  • Panaskan kuali bersama minyak, dan gorengkan sehingga garing.
  • Sementara tempoh ikan diperap, panaskan kuali bersama minyak dan tumiskan bawang kuning besar selama 15 minit atau sehingga lembut.
  • Kemudian, masukkan halia, tomato besar, sos cili dan stok ayam dan renehkan sehingga menjadi puri.
  • Selepas itu, masukkan lada benggala dan mangga dan renehkan dengan menggunakan api kecil.
  • Untuk hidangan, susun mangga mengelilingi lada banggala. Rehatkan ikan yang digoreng atas campuran lada banggala dan mangga. Curahkan sos dan sedia untuk dimakan.

No comments:

Post a Comment