Tuesday, November 15, 2011

Kerapu Yin Yang - Amita


Bahan-bahan Ikan Kukus :
  • ½ bahagian - Ikan Kerabu
  • 1 sudu - Sos Tiram
  • 5 helai - Daun Bawang
  • 3 batang - Asparagus
  • 3 batang - Lobak merah (dipotong 4cm)
  • 4 keping - Halia (dihiris kecil-kecil)
  • 4 ulas - Bawang putih (dicincang)
  • 1 sudu kecil - Serbuk lada putih
  • Secukup rasa - Garam
  • 3 keping - Cendawan shitake (dihiris)
Bahan-bahan Ikan Masam Manis :
  • ½ bahagian - Ikan Kerapu
  • 3 keping - Harisan Halia (dipotong kecil)
  • 3 ulas - Bawang Putih (dihiris)
  • 4 sudu besar - Sos tomato Maggi
  • Secukup rasa - Garam
  • Tepung gandum
  • Dipotong dadu kecil
  • ½ biji - Bawang Merah
  • ¼ batang - Lobak Merah
  • ¼ biji - Lobak Belanda
  • ½ biji - Tomato
Cara-cara Memasak Ikan Kukus :
  • Perap ikan bersama sos tiram, serbuk lada dan garam.
  • Pada masa yang sama, rebus lobak sehingga empuk.
  • Kemudian, gulung ikan dengan membalut asparagus, lobak dan cendawan dan ikat dengan menggunakan daun bawang menjadi gulungan.
  • Panaskan periuk bersama air dan kukus ikan selama 10 minit.
  • Selepas itu, panaskan kuali bersama minyak, dan goreng halia dan bawang putih sehingga menjadi garing.
Cara-cara Memasak Ikan Masam Manis :

  • Perap ikan dengan sos tiram dan serbuk lada. Kemudian, salutkan ikan dengan tepung gandum.
  • Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing selama 10 minit (bergantung kepada saiz potongan ikan).
  • Pada masa yang sama, panaskan kuali dengan 1 sudu besar minyak. Tumiskan halia dan bawang putih sehingga naik bau.
  • Masukkan semua sayuran ke dalam bahan tumisan, dan goreng sebentar.
  • Tambahkan sos tomato dan garam secukup rasa dan campurkan dengan sedikit air jika sos terlalu pekat.
Hidangan :

Tuangkan sos di atas ikan yang sudah digoreng dan sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment