Tuesday, November 15, 2011

Kerapu Masam Manis & Nasi Keladi - Shahriah


Bahan-bahan :
  • Ikan kerapu merah
  • Bawang kuning (dipotong dadu)
  • Bawang putih (dipotong dadu)
  • Cili merah (dipotong dadu)
  • Nenas (dipotong dadu)
  • Tomato (dipotong dadu)
  • Halia (dihiris memanjang)
  • Lada benggala
  • Sos tomato
  • Lada sulah
  • Gula
  • Garam
  • Beras
  • Keladi (dipotong dadu)
Cara-cara Memasak Ikan Goreng Kerapu :
  • Lumurkan ikan bersama lada sulah, garam dan tepung dan biarkan selama 30 minit.
  • Panaskan kuali bersama minyak, dan goreng ikan sehingga garing.
Cara-cara Memasak Kuah Masam Manis :
  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumiskan bawang kuning, bawang putih, halia dan cili merah yang telah dipotong dadu sehingga naik bau.
  • Kemudian, masukkan buah nenas dan tomato. Gaul sehingga rata.
  • Masukkan pula sos tomato dan sedikit air. Perasakan dengan garam, gula dan lada sulah.
  • Tuangkan kuah di atas ikan goreng kerapu.
Cara-cara Memasak Nasi Keladi :
  • Cuci beras dan renehkan di atas api.
  • Gaulkan keladi bersama garam dan tanak bersama nasi sehingga masak.
  • Hidangkan nasi keladi bersama kerapu masam manis.
Hidangan :

Hidangkan nasi goreng bawang putih bersama ikan yang telah disalut sos kucai hoisin.

No comments:

Post a Comment