Kerapu Diraja - Terrence
Bahan-bahan :
- 1 sudu teh Stok Ayam (pekat)
- Isi ikan kerapu merah
- Epal
- Halia
- Daun bawang
- Bunga kantan (dihiris)
- Tepung
- Telur
Cara-cara :
- Bersihkan ikan dan potong isi di kedua-dua belah sisi ikan.
- Ambil satu bahagian isi ikan dan hiriskan. Gaulkan bersama garam, lada putih dan telur.
- Selepas itu, salutkannya bersama tepung.
- Panaskan kuali bersama minyak dan gorengkan ikan hingga berwarna keemasan dan tepikan.
- Hiriskan baki isi ikan dan stimkan selama 6 minit.
- Untuk penyediaan sos, kisarkan halia dengan sedikit air, selepas itu, masukkan ke dalam kuali bersama stok ayam. Gaul sehingga sebati dan biarkannya mendidih dan sedia dituangkan atas ikan stim.
- Salutkan kepala ikan dan tulangnya bersama telur dan tepung, gaul rata dan gorengkan hingga garing. Ketepikan untuk membuat hiasan pinggan.
- Kemudian, potong epal dan gaul dengan garam selama 5 minit.
- Selepas itu, cuci epal tersebut dan letakkan didalam mangkuk bersama bunga kantan yang dihiris. Gaulkan dan perasakan dengan gula.
Hidangan :
- Letakkan kepala ikan yang digoreng, di tengah pinggan bersama ikan yang digoreng di bahagian atas dan yang distim di bahagian bawah.
- Kemudian, hiaskan epal di atas ikan goreng.
No comments:
Post a Comment