Tuesday, November 15, 2011

Ikan Kukus Bersos Tiram Dengan Sayuran - Saiful


Bahan-bahan :
  • Isi ikan kerapu merah
  • Tulang ikan kerapu merah
  • Lada benggala kuning
  • Lada benggala hijau
  • Bawang kuning
  • Bawang putih
  • Lobak
  • Sos tiram
  • Sos bijan
  • Cili
  • Cendawan
  • Garam
  • Nenas (dipotong dadu)
  • Terung (dipotong dadu)
  • Tepung
Cara-cara :
  • Potong bawang putih, cendawan dan lada benggala hijau.
  • Kemudian, panaskan periuk pengukus bersama air dan kukus isi ikan sehingga masak, bersama bahan yang dipotong tadi.
  • Pada masa yang sama, panaskan periuk bersama air dan rebuskan tulang ikan dan ambil stoknya.
  • Selepas itu, potong lobak, lada benggala hijau, lada benggala kuning mengikut citarasa sendiri, bersama bawang merah, bawang kuning dan lada merah.
  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumis semua bahan tadi dengan sos tiram, minyak bijan, dan stok ikan. Keluarkan dan ketepikan.
  • Selepas itu, panaskan kuali bersama sedikit minyak dan goreng nenas dan terung sehingga keperangan. Keluarkan dan ketepikan.
  • Setelah ikan masak, letakkan isi ikan tadi di atas pinggan dengan semua bahan tadi.

No comments:

Post a Comment