Tuesday, November 15, 2011

Kerapu Goreng dan Salad Lobak, Ginko - Zahin


Bahan-bahan :
  • ‘Fillet’ Ikan kerapu
  • Halia (dikisar)
  • Tepung
  • Garam
  • Lada putih
  • Daun leeks (dihiris halus)
  • Lobak Putih (dihiris halus)
  • Cili merah (dihiris)
  • Kucai (dipotong dua)
  • Cuka
  • Sos tiram
Cara-cara Memasak Ikan :
  • Rendam ‘fillet’ ikan kerapu di dalam kisaran halia.
  • Kemudian, gaul tepung bersama lada putih, garam dan halia.
  • Salut isi kerapu dengan tepung dan kemudian digoreng.
Cara-cara Memasak Salad :
  • Panaskan periuk bersama air dan rebus daun leeks dan lobak putih hingga lembut. Masukkan kucai dan padamkan api.
  • Toskan sayuran yang direbus, kemudian masukkan ke dalam mangkuk, campurkan dengan hirisan cili.
  • Untuk sos, campurkan sos tiram, cuka, gula dan bawang putih.
  • Curahkan sos di atas sayuran.
Hidangan :
  • Goreng kacang ginko, kemudian diletakkan bersama salad.
  • Akhir sekali, siram ikan dengan minyak panas.

No comments:

Post a Comment