Tuesday, November 15, 2011

Kerapu Goreng Bersos Nenas - Wahidan


Bahan-bahan :
  • Ikan Kerapu Merah
  • Lada Benggala
  • Pes Nenas
  • Sos Cili
  • Sos Tiram
  • Gula
  • Garam
  • Lada Sulah
  • Tepung
  • Telur
  • Minyak
  • Bahan-bahan di bawah dikisar bersama
  • Bawang Besar
  • Bawang Putih
  • Halia
  • Daun Bawang
Cara-cara Memasak Kerapu Goreng :
  • Belah ikan dan kemudian perap bersama garam dan lada sulah selama 10 minit.
  • Pukul telur kemudian salutkan pada keseluruhan ikan tadi.
  • Kemudian, gaulkan ikan di atas tepung yang telah dicampur garam dan lada sulah secukup rasa.
  • Panaskan kuali bersama minyak yang banyak dan goreng ikan selama 10 minit sehingga masak dan keperangan.
  • Angkat dan ketepikan.
Cara-cara Memasak Sos Nenas :
  • Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik aroma dan naik minyak.
  • Kemudian, masukkan pes nenas sehingga sos menjadi pekat sedikit, kemudian masukkan sos cili dan sos tiram.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Hidangan :

Tuangkan sos nenas di atas kerabu goreng dan hias mengikut citarasa.

No comments:

Post a Comment