Tuesday, November 15, 2011

Ikan Goreng Bersama Mee Goreng Cina - Zamir


Bahan-bahan Ikan Goreng :
  • Ikan kerapu merah (dipotong panjang-panjang)
  • Secukup Rasa - Garam
  • Secukup Rasa - Lada
  • 1 sudu besar - Minyak Neuvida
Bahan-bahan Stok Ikan :
  • 1 ekor - tulang ikan kerapu merah
  • 1 sudu besar - ikan bilis kering
  • 1 batang - lobak merah (dipotong kiub)
  • 1 biji - bawang besar (dihiris)
  • 3 ulas - bawang putih (ditumbuk)
  • 5cm - halia (dihiris)
  • 1 liter - air
Bahan-bahan Pasta Goreng Cina :
  • ½ liter - Stok Ikan
  • 1 hiris - Halia
  • 6 hiris - Lobak Merah
  • ½ biji - Bawang Besar (dihiris)
  • 2 ulas - Bawang Putih (dihiris)
  • ½ tangkai - Cili Besar (dihiris)
  • 5 keping - Cendawan Shitake Kering (dihiris)
  • 5 sudu besar - Sos Tiram
  • 2 sudu besar - Kicap Masin
  • 1 Sudu - Minyak
  • Segenggam besar - Pasta Fetucinni (dimasak al-dente)
  • Secukup rasa - Lada

Bahan-bahan Sayur Pak Choy :
  • 5 helai - Sayur Pak Choy (bersama batang)
  • 1 ulas - Bawang Putih (dihiris)
  • Secukup rasa - Garam
  • Sos Pasta
Cara-cara Memasak Ikan :
  • Perap ikan bersama garam dan lada secukupnya.
  • Panaskan kuali bersama minyak dan goreng ikan selama 5 minit.
Cara-cara Memasak Sos Ikan :
  • Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk berisi air mendidih dan rebuskan ia.
  • Setelah itu, kecilkan api dan biarkannya mereneh selama 25 minit.
  • Tapiskan segalanya dan hanya ambil stok ikan sahaja.
Cara-cara Memasak Pasta Goreng Cina :
  • Panaskan periuk bersama stok ikan dan masukkan 2 sudu besar sos tiram, 1 sudu besar kicap masin, dan ½ cendawan shitake. Masak sehingga stok tinggal separuh dari jumlah asal.
  • Panaskan kuali bersama minyak dan tumiskan halia, bawang merah, bawang putih, cili merah, dan lobak merah selama 2 minit atau sehingga naik bau wangi.
  • Kemudian, masukkan sos pasta tadi sebanyak 4 sudu besar ke dalam bahan tumisan.
  • Selepas itu, campurkan pasta. Masukkan lebihan sos tiram dan kicap masin.
  • Gaul bahan-bahan tersebut sehingga sebati dan masukkan lebihan cendawan shitake.
  • Masak kesemua bahan-bahan tersebut selama 3 minit.
Cara-cara Memasak Sayur Pak Choy :
  • Panaskan periuk bersama air sehingga mendidih, dan celurkan sayur Pak Choy selama 2 minit. Keluarkan dan masukkan ke dalam air sejuk.
  • Panaskan sos pasta dan masukkan bawang putih.
  • Setelah seminit masukkan Pak Choy selama 2 minit dan masukkan garam secukup rasa.
  • Sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment