Tuesday, November 15, 2011

Ikan Goreng Sayur-sayuran - Zeri


Bahan-bahan Ikan Goreng :
  • Ikan kerapu merah
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • Minyak
Bahan-bahan Tumisan Sayur :
  • 1 batang - lobak merah (hirisan nipis)
  • 10 biji - kacang peas
  • 1 sudu besar - kicap cair
  • 2 sudu besar - air
  • 3 ulas - bawang putih (dicincang halus)
  • 1 sudu kecil - minyak bijan
Bahan-bahan Sayur-sayuran (Dipotong dadu) :
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Lada Benggala hijau/kuning
  • Cendawan
  • Tomato
Cara-cara Memasak Ikan Goreng :
  • Gaulkan ikan dengan garam dan kunyit serbuk.
  • Panaskan kuali bersama minyak, dan goreng ikan sehingga garing dan keperangan.
Cara-cara Memasak Tumisan Sayur :
  • Panaskan kuali bersama sedikit minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi
  • Masukkan lobak merah dan tumis sehingga separuh masak.
  • Selepas itu, masukkan pula kacang peas, kicap cair dan air. Gaul bahan tersebut hingga sebati.
  • Tutup api dan gaulkan bersama minyak bijan.
Cara-cara Memasak Sayur-sayuran :
  • Panaskan kuali bersama sedikit minyak dan gorengkan kesemua sayuran sehingga lembut dan tidak terlalu layu.
  • Perasakan dengan garam dan lada sulah.
Hidangan :

Hidangkan ikan goreng bersama sayuran.

No comments:

Post a Comment