Friday, November 11, 2011

Crepe Bertingkat Bersama Krim Anglaise Santan & Nanas - Azlina & Fadzilina


Bahan-bahan :
  • 125gm Tepung
  • 2 biji Telur
  • 250ml Susu segar
  • 20gm Mentega
  • Garam
  • Minyak
Cara-cara :
  • Kacaukan tepung, telur, susu segar, mentega didalam mangkuk hingga sebati. Letakkan sedikit garam.
  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tuang keluar minyak panas. Sapukan sedikit mentega dikuali.
  • Sendukkan acuan ke kuali dan leperkan acuan dengan memusingkan kuali sehingga nipis.
  • Masakkan dengan api yang perlahan sehingga perang dan terbalikkan dan masak selam 2 minit.
  • Gunakan kuali tidak melekat untuk memudahkan memasak crepe.
KRIM ANGLAISE

Bahan-bahan :
  • 200ml Susu segar
  • 50ml Santan
  • 50gm Gula
  • 2 biji Telur
  • Garam
 Cara-cara :
  • Panaskan susu dengan santan sehingga panas tapi tidak mendidih.
  • Masukkan gula dan kacau sehingga larut.
  • Pecahkn telur dalam mangkuk lain dan tuangkan sedikit susu panas ke dalam mangkuk telur.
  • Kembalikan susu panas ke api dan tuangkan acuan telur dan susu ke dalam.
  • Sentiasa kacau acuan baru itu supaya telur tidak berketul.
  • Kacau sehingga pekat.
 HIASAN

 Bahan-bahan :
  • Nanas - Hirisan nipis
  • Nanas - Sagat
  • Jus Lemon
 Cara-cara :
  • Panggangkan hirisan nanas dengan sedikit gula yang ditaburkan diatas sehingga gula sampai cair dan pekat.
  • Sagatkan nanas dan buang jus yang terkeluar dengan sebanyaknya.
Cara-cara Susun Atur :
  • Lapiskan crepe diatas pinggan.
  • Sapukan selapis krim anglaise.
  • Sapukan selapis nanas yang disagat.
  • Letakkan sehiris nanas yang dihiris.
  • Lakukan aturan yang diatas semula 4 kali.
  • Lapiskan crepe diatas dan hiaskan dengan sehiris nanas.
  • Perahkan sedikit jus lemon diatas.

No comments:

Post a Comment