Thursday, November 10, 2011

Ayam Percik Ala Barat - Zareer


Bahan-bahan :
  • Dada ayam
  • Ayam boksing
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Susu segar
  • Kentang (dipotong dadu)
  • Tomato kecil (dipotong dua)
  • Brokoli (dipotong kecil)
  • Oregano
  • Sayur-sayuran lain untuk hiasan
Cara-cara :

  • Dada ayam dipotong sederhana besar dan ayam boksing diperap dengan bawang putih, halia dan garam.
  • Bawang besar dan putih (5:1) dan sedikit halia dikisar bersama susu kemudian dimasak sehingga agak pekat (2 sudu gula dimasukkan dan secubit garam) sebahagian daripada kuah ini dipercik diatas ayam yang dipanggang/dibakar.
  • Kecilkan api pada kuah dan masukkan kentang yang telah dipotong dadu, renehkan agak empuk dan tutupkan api.
  • Masukkan tomato kecil dan brokoli di dalam kuah tersebut.
  • Curahkan ke atas ayam yang sudah tersedia.
  • Taburkan oregano.
  • Hiaskan dengan sayur-sayuran mengikut selera anda.

No comments:

Post a Comment