Thursday, November 10, 2011

Ayam Cendawan Dengan Sos Putih Pandan - Jesse


Bahan-bahan :
  • Paha ayam
  • Cendawan putih
  • Keju cheddar
  • Susu
  • Lada benggala merah
  • Lada benggala hijau
  • Tomato ceri
  • Bawang putih
  • Serbuk cili
  • Mentega
  • Garam
  • Lada hitam
  • Cendawan portabelo
  • Telur
  • Thyme
  • Dill
Cara-cara :
  • Cincang paha ayam dengan serbuk cili, lada putih dan garam.
  • Hiris cendawan dan bawang putih.
  • Goreng bawang putih dengan cendawan sampai keemasan dan ketepikan.
  • Goreng ayam paha tadi dengan bawang putih sampai wangi, lalu masukkan keju cheddar, sampai cair dan ketepikan setelah masak.
  • Masukkan telur, pukul bersama garam dan lada putih, sikit tepung gandum dan air.
  • Kemudian masukkan minyak dalam kuali untuk mengorengkan “omellete”.
  • Setelah masak potongkan telur ke bentuk bulat.
  • Panaskan oven ke 200’c dan masuk tomato ceri yang telah digaulkan dengan minyak masak, lada hitam dan garam. Gril selama 20 minit.
  • Cincang dadu lada benggala hijau dan kuning, kemudian goreng bersama bawang putih, masukkan garam dan lada hitam.
  • Goreng bawang putih dan mentega kemudian masukkan tepung gandum untuk membuat “Roux”.
  • Selepas itu, campurkan susu lalu gaulkan sampai pekat. Masuk daun pandan dan padamkan api.
  • Gilkan cendawan “portabelo” dalam kuali lalu masuk minyak dan garam secukup rasa.
Cara-cara Menghias :

  • Taburkan ayam cendawan atas cendawan “portabelo”
  • Letakkan “omellete” dibawah” cendawan “portabelo”
  • Taburkan tomato ceri disekeliling cendawan.
  • Ulangi Langkah yang sama dengan lada benggala yang didadu.
  • Tuangkan sos disekeliling dan hiaskan dengan dill.

No comments:

Post a Comment