Thursday, November 10, 2011

Chicken Chop Bersama Sos Krim Cendawan - Siti Aishah


Bahan-bahan Ayam :
  • Paha penuh ayam
  • Tepung gandum
  • Telur
  • Garam
  • Lada putih
Bahan-bahan Untuk Sos :
  • Bawang
  • Bawang putih
  • Cendawan putih
  • Krim
  • Minyak
  • Garam
  • Lada putih
Bahan-bahan Untuk Sayuran :
  • Brokoli
  • Lada benggala
  • Tomato
  • Kentang
Cara-cara Memasak Ayam :
  • Ayam diperap bersama garam dan lada putih.
  • Masukkan ayam tadi ke dalam tepung untuk disebatikan.
  • Kemudian masukkan ayam ke dalam telur.
  • Gorengkan ayam tadi.
Cara-cara Memasak Sayur :
  • Brokoli dicelur.
  • Tomato dan lada benggala dipotong.
  • Kentang digoreng.
Cara-cara Memasak Sos :
  • Bawang dan bawang putih tadi dicincang.
  • Cendawan dipotong kecil.
  • Masukkan bahan yang dicincang tadi ke dalam minyak.
  • Kacau sehingga baunya naik.
  • Kemudian masukkan cendawan masak sehingga layu.
  • Masukkan sedikit air, garam, lada putih dan krim.
  • Masak ia sehingga didih.
  • Setelah itu, masukkan ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga sebati.

No comments:

Post a Comment