Thursday, November 10, 2011

Ayam Curahan Hati - Brian


Bahan-bahan Untuk Puri Cendawan :
  • 1 keping dada ayam
  • Bawang putih (dihiris)
  • Bawang besar kuning (dihiris)
  • Cendawan Oyster (dihiris)
  • Cendawan Portobello (dihiris)
  • Cendawan putih (dihiris)
  • 250ml Krim
  • 2-3 batang rosemary
  • 2-3 batang thyme
Bahan-bahan Untuk Sayuran :
  • ½ biji Zucchini hijau (dikiub)
  • ½ biji Zucchini kuning (dikiub)
  • ½ biji Lobak merah (dikiub)
  • Serbuk cili
  • Minyak
  • Garam
  • Lada hitam
Cara-cara :
  • Perapkan ayam dalam campuran minyak, rosemary dan thyme serta garam dan lada hitam secukupnya, biarkan 15 minit.
  • Masukkan Sauté zucchini dan lobak merah dalam minyak dan serbuk cili. Tambahkan garam dan lada secukupnya. Masak Sauté sehingga keemasan.
  • Grillkan ayam selama 15 minit atau sehingga masak.
  • Sediakan puri cendawan panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang kuning sehingga bawang lembut dan bau bawang putih naik.
  • Masukkan 3 jenis cendawan dan masakkannya sehingga lembut.
  • Kemudian tambahkan krim dan masakkan sehingga pekat.
  • Seterusnya tambahkan serbuk cili rosemary, thyme, garam dan lada secukupnya.
  • Kisarkan sehingga mendapat puri. Letakkan semula ke dalam kuali panaskan dan tamabahkan sesuatu mentega.
  • Hidangkan ayam di atas puri cendawan dikeliling sayuran yang disediakan.
  • Letakkan sedikit minyak diatas ayam dan serbuk cili mengikut rasa.

No comments:

Post a Comment