Thursday, November 10, 2011

Ayam Rosemary Bersama Sos Tomato Bermentega - Ary Malik


Bahan-bahan Ayam :
  • Dada ayam
  • Garam
  • Lada sulah
  • Lada hitam
  • Herba rosemary
  • 2 sudu besar minyak
Cara-cara :
  • Perapkan ayam dengan garam, lada hitam, lada sulah, rosemary diatas dan biarkan selama sepuluh minit supaya perapan bertindak ke atas ayam.
  • Ayam harus di“pan-fry” apabila suhu minyak sudah panas.
  • Pastikan memasak ayam dengan memilih “bahagian hidangan” (presentation side) terlebih dahulu dan meletakkannya ke atas permukaan minyak.
  • Apabila sebelah bahagian sudah dimasak, pusingkan ia dan sambung masak.
  • Selesai masak, rehatkan ayam seketika.
SOS TOMATO BERMENTEGA

Bahan-bahan :
  • 1/2 cawan sos tomato puri
  • 1/2 ulas bawang putih dicincang halus
  • Sedikit herba rosemary
  • Garam
  • Lada sulah
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 sudu besar minyak
Cara-cara :
  • Panaskan minyak dan tumiskan tomato puri, masukkan bawang putih.
  • Letakkan herba rosemary, garam dan lada sulah, selama 5 minit.
  • Tutupkan api dan masukkan mentega sehingga cair dan sebati.
POTATO DILAYUR

Bahan-bahan :
  • Kentang (bersaiz kecil dan belahkan)
  • Sedikit garam
  • 1 periuk air
  • Garam
  • Herba rosemary
  • Lada benggala merah (dicincang halus)
  • 2 sudu besar minyak
Cara-cara :
  • Panaskan dan rebus kentang bersama garam.
  • Setelah kentang masak, tuskan dan ketepikan.
  • Panaskan minyak dan masukkan kentang sehingga sedikit keperangan, masukkan mentega.
  • Masukkan herba dan lada benggala.
  • Kemudian letakkan perisa (garam/lada serbuk) dan biar seketika.
SAYURAN ZUCCHINI

Bahan-bahan :
  • Zucchini hijau
  • Zucchini kuning
  • Tomato ceri
  • ½ ulas Bawang putih
  • Garam
  • Lada sulah
  • 1 sudu besar minyak
Cara-cara :
  • Panaskan minyak
  • Masukkan sayuran zucchini ke dalam minyak
  • Masukkan bawang putih
  • Masukkan tomato ceri
  • Letak perisa garam dan lada secukup rasa.

No comments:

Post a Comment