Thursday, November 10, 2011

Udang Goreng Pina Colade Bersos Kari Nyonya - Anais


Bahan-bahan :
  • Udang – 10 ekor
  • Mentega - 1 sudu
  • Kelapa parut kering - 100gram
  • Minyak - 2 sudu
  • Garam - secukup rasa
  • Lada sulah - secukup rasa
SOS KARI
  • Bawang merah - 10 biji
  • Bunga lawang - 5 biji
  • Kayu manis - 1 batang
  • Bunga cengkih – 10 biji
  • Buah keras – 10 biji
  • Lada kering – 200 gm
  • Kunyit – 2 inci
  • Minyak – 3 sudu
  • Santan - 1/4 cawan
  • Gula - 2 sudu
  • Kacang panjang
  • Lobak merah
  • Lada benggala
  • Tomato - 1/2 biji
Cara-cara :
  • Rebuskan sayur kecuali tomato kemudian ketepikan.
  • Goreng rempah-rempah kemudian mengisah bersama bawang merah, kunyit, lada kering dan buah keras.
  • Bahagikan 2 bahan kisar tadi.
  • Tumis adunan pertama kemudian masukkan santan dan seasoning masak sehingga pekat.
  • Untuk sayur, masak air bersama lemon kemudian masukkan sayuran tadi goreng kemudian masukkan bahan tumis yang telah diasingkan tadi.
  • Tumis sekejap kemudian masukkan gula.
  • Udang yang diperap dengan butter, minyak, kelapa celup di dalam kelapa kering dan goring sehingga masak.
  • Sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment