Thursday, November 10, 2011

Limpahan Cenderahati Mediteranian - Brian


Bahan-bahan :
  • 3-4 ulas bawang putih dihiris
  • Minyak masak secukupnya
  • 4-5 bawang merah kecil, dihiris
  • 3-4 cili merah segar, dihiris
  • ½ terung, dikiub
  • ½ courgette hijau, dikiub
  • 2 capsicum merah, dikiub
  • 1 capsicum kuning untuk hiasan
  • 1 cili merah untuk hiasan
  • Lada hitam dan garam secukup rasa
Cara-cara :
  • Panggangkan capsicum merah di atas api sehingga kehitaman sedikit. Biarkannya ditutup sebentar.
  • Sediakan bahan-bahan lain seperti di atas.
  • Buangkan kulit capsicum merah yang telah dipanggang. Kisarkannya dalam pengisar bersama cili merah segar yang telah dihiris mengikut saiz yang diingini.
  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah kecil dan bawang putih sehingga naik bau.
  • Masukkan terung dan courgette. Masak sebentar dan masukkan capsicum merah yang telah dikisar.
  • Gaul campuran sayur-sayuran sehingga rata.
  • Tambahkan parsley, garam dan lada hitam secukup rasa.
  • Makanan siap dihidang.

No comments:

Post a Comment