Thursday, November 10, 2011

Ayam Goreng Berinti Bersama Sos Krim - Mastura


Bahan-bahan :
  • Bawang putih (dicincang)
  • Lobak merah (didadu kecil dan dicelur)
  • Thyme
  • Asparagus (dicelur buat hiasan)
  • Keledek (dipotong nipis buat hiasan dan digoreng)
  • Mentega
  • Krim
  • Dada ayam
  • Lada hitam
  • Cube ikan bilis
  • Ceri tomato
Cara-cara :
  • Leperkan dada ayam perapkan dengan lada hitam.
  • Cincang bawang putih, isi ayam.
  • Tumiskan semua, setelah masak masukkan lobak merah, sedikit garam, Thyme.
  • Letakkan gorengan isi ayam tadi keatas dada ayam dan gulung.
  • Letakkan sedikit lada hitam diatasnya kemudian digoreng.
  • Masukkan sedikir bawang putih kedalam kuali sedikit mentega dilayurkan sedikit dan masukkan krim dan sedikit thyme dan sedikit cube ikan bilis.
  • Hiriskan ayam tadi dan aturkan atas pinggan, letakkan asparagus celur, keledek goreng dan ceri tomato sebagai hiasan.
  • Akhir sekali, tuangkan sedikit sos dikelilingnya.

No comments:

Post a Comment