Tuesday, November 15, 2011

Donat Ajaib - Kumpulan Biru


Bahan-bahan :
  • Tepung Gandum - 2kg
  • Gula Castor - 150gm
  • Telur - 4 biji
  • Yis Basah (tambah gula tambah tepung tambah air suam jadikan ibu yis)
  • Susu Segar - 300ml
  • Garam
  • Mentega (dadu)
  • Hiasan:Coklat Cair, Coklat Putih, Kacang Walnut (cincang), Gula Aising
Cara-cara :
  • Gaulkan tepung bersama gula dan garam sehingga sebati.
  • Buat lubang ditengah masukkan telur dan susu segar dan ibu yis.Uli doh dan selang-selikkan dengan mentega.
  • Uli dan gunting sehingga menjadi doh yang lembut.
  • Ketepikan atau rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda. Uli lagi dan biarkan naik 1 kali ganda.
  • Terap doh menjadi bulat kecil dan lubang di tengah.
  • Goreng kekuningan, angkat dan toskan.
  • Hiaskan dengan gula aising, kacang walnut cincang dan lain-lain.
Kumpulan Biru: Deena(ketua kumpulan), Shahriah, Ary Malik, Terrence, Raymond, Zahin, Nik Michael, Mastura, Azlina, Amita, Kamaruzzaman

No comments:

Post a Comment