Thursday, November 10, 2011

Ayam Paprika Dengan Sos Bawang Putih Mentega Tomato Bersama Cendawan Halia - Danial


Bahan-bahan :
  • Dada ayam
  • Bawang putih
  • Bawang kuning
  • Cendawan Fresh
  • Dill
  • Asparagus
  • Halia Muda
  • Capsicum
  • Serbuk Paprika
  • Daun Thyme
Cara-cara Memasak Ayam Paprika :
  • Perapkan dada ayam bersama serbuk paprika, lada putih, secubik garam dan daun thyme.
  • Rehatkan selama 5 hingga 10 minit.
  • Grillkan ayam selama 15 minit atau sehingga masak.
  • Sediakan puri cendawan panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang kuning sehingga bawang lembut dan bau bawang putih naik.
  • Masukkan 3 jenis cendawan dan masakkannya sehingga lembut. Tambahkan krim dan masakkan sehingga mencapai kousistemsi yang cukup pekat.
  • Tambahkan serbuk cili rosemary, thyme, garam dan lada secukupnya. Kisarkan sehingga mendapat puri.
  • Letakkan semula ke dalam kuali panaskan dan tamabahkan sesuatu mentega.
  • Hidangkan ayam di atas puri cendawan dikelilingi sayuran yang disediakan.
  • Letakkan sedikit minyak diatas ayam dan serbuk cili mengikut rasa
Cara-cara Memasak Cendawan Halia :
  • masakkan mentega didalam kuali bersama cendawan dan tumis.
  • masukkan halia muda yang dicincang, bawang putih dan sedikit bawang kuning yang dicincang dan siap dihidang diatas pinggan.
  • Sekarang gorengkan ayam diatas kuali bersama sedikit mentega, goreng ayam sehingga masak dan potongkan ayam itu.
Cara-cara Memasak Sos Bawang Putih Mentega Tomato :
  • rebuskan tomato selama 30 saat dan kupas kulit tomato itu.
  • masukkan tomato didalam kuali bersama mentega, bawang putih dan dill.
  • tumiskan semuanya dan siap dihidangkan.

No comments:

Post a Comment