Thursday, November 10, 2011

Udang Grill Pudina Bersama Sos Buah Zaitun - Danial


Bahan-bahan :
  • Udang - 9 ekor
  • Bawang merah - 2 biji
  • Bawang putih - 6 ulas
  • Pudina pes - 2 sudu besar
  • Sos tiram - 1 sudu besar
  • Lada hitam - secubit
  • Lada putih - secubit
  • Garam, gula - secukup rasa
  • Krim memasak - 4 sudu besar
  • Mentega - 70g
  • Buah zaitun - 7 biji
Cara-cara :
  • Buangkan kulit udang dan masukkan ke dalam mangkuk.
  • Masukkan sos tiram 1 sudu, pudina pes 1 sudu, garam, lada hitam, lada putih, gula secukup rasa.
  • Perap selama 10 minit.
  • Panggang udang sehingga udang itu bertukar warna dan hiaskan di dalam pinggan.
  • Panaskan mentega di dalam kuali dan masukkan bawang putih, bawang merah yang dihiris.
  • Masakkan sedikit air, 4 sudu krim memasak.
  • Masukkan lada putih, garam secukup rasa dan sedia dihidangkan.

No comments:

Post a Comment