Saturday, November 12, 2011

Itik Di Rimba Hutan - Terrence


Bahan-bahan :
  • Daging itik
  • Bawang putih
  • Bawang kuning
  • Celery
  • Chives
  • Apple plum sauce
  • Speghatti
  • Daun salad (hijau)
  • Daun salad (ungu)
  • Kacang pea
  • Fresh herbs
Cara-cara :
  • Potong itik bahagian dada sahaja dan bersihkan. Alihkan tulang dada, ambil isi sahaja.
  • Keringkan dengan dry napkins dan gaul dengan garam.
  • Panaskan kuali (pan) dan tumis bawang kuning, bawang putih, celery hingga naik minyak dan masukkan lemak itik (kulit) hingga keluar wangi minyak. Ketepikan untuk dimasakkan dengan speghatti.
  • Rebus speghatti.
  • Dengan pan yang panas, baker atas pan 3 min untuk setiap belah itik dan masukkan ke dalam ketuhar dengan suhu 150 darjah celcius selama 10 minit.
  • Cuci daun salad dan susun atas piring, susun kacang pea di tepi, tuangkan sos bawang putih di atas daun salad.
  • Panaskan kuali, tuangkan minyak itik yang telah ditumis dan gaulkan speghatti dan minyak itik hingga panas.
  • Susun atas piring dan itik sedia di potong dan dihidangkan ke atas speghatti.
  • Masak sauce apple plum dan masukkan ½ sudu gula dan biar sampai mendidih dan pekat. Hidang terus atas itik yang telah dipotong tadi.

No comments:

Post a Comment