Thursday, November 10, 2011

Ayam Goreng Bersalut Tepung Dan Sos Tumis Cendawan - Kamaruzzaman


Bahan-bahan :
  • Peha ayam - 1 bahagian
  • Rempah cili - ½ sudu kecil
  • Jintan manis - ½ sudu kecil
  • Tepung jagung - 3 sudu besar
  • Serbuk lada hitam - ½ sudu kecil
  • Lada sulah - 4 cubis / ½ sudu kecil
  • Cendawan butang - 8 biji
  • Capsicum Merah - ¼ biji
  • Kentang - 2 biji
  • Maggi seasoning - 1 sudu besar
  • Serbuk perasa maggi - 1 sudu kecil
  • Garam secukup rasa
  • Bawang putih - 2 ulas
  • Telur ayam - 1 biji
Cara-cara Memasak :
  • Perapkan ayam selama 20 minit dan digoreng dengan sedikit minyak.
  • Kentang dihiris nipis, masukkan sedikit maggi seasoning, lada hitam, lada sulah dan sedikit garam, kemudian ditumis.
Cara-cara Penyediaan Sos :
  • Tumiskan bawang putih, kemudian masukkan capsicum yang dipotong dadu dan cendawan yang telah dihiris.
  • Bahan perap dicampurkan air dan masukkan dalam tumisan masukkan garam secukup rasa.

No comments:

Post a Comment