Sunday, January 1, 2012

Sushi Tuna Moto-Moto - Amita


Bahan-bahan Nasi Sushi :

  • 1 mangkuk Beras Jepun
  • 2 mangkuk Air
  • 1 sudu besar Serbuk Bonito
  • Secukup Rasa Garam
  • Secukup Rasa Gula



Bahan-bahan Sushi Temaki :

  • 4 hirisan Tuna (mentah dan dipotong memanjang)
  • 1 keping Nori
  • ¼ biji Avocado
  • Nasi Sushi



Bahan-bahan Nigiri :

  • 2 hirisan Tuna
  • ¼ sudu kecil Wasabi
  • ¼ sudu kecil 'Mayonnaise'
  • ¼ sudu kecil Telur Salmon
  • Secukup Rasa Serbuk Lada Hitam
  • Nasi Sushi



Bahan-bahan 'California Roll' :

  • 2 hirisan Tuna
  • ½ keping Nori
  • 1 sudu besar Nasi
  • ¼ sudu kecil Wasabi
  • ¼ sudu kecil 'Mayonnaise'
  • ¼ batang Timun Jepun (dihiris ‘juliene’ dan rendam di dalam air sejuk)
  • ¼ batang Lobak Merah (dihiris ‘juliene’ dan rendam di dalam air sejuk)



Bahan-bahan Sashimi :

  • 3 hirisan Tuna Mentah
  • 3 hirisan Tuna Goreng (digoreng dipermukaan sahaja dan selaputkan dengan serbuk lada hitam)



Bahan-bahan Hiasan :

  • 4 sudu besar Kicap Jepun
  • 1½ sudu besar Pes Wasabi (dicampurkan dengan air panas untuk menjadi pes)
  • 5 keping Jeruk Halia
  • 1½ sudu besar 'Mayonnaise'



Cara-cara Penyediaan Nasi Sushi :

  • Masakkan beras bersama air di dalam periuk.
  • Apabila air semakin kering dan tersejat, masukkan serbuk bonito dan masak nasi tersebut selama 15 minit.
  • Selepas ia masak, keluarkan dan campurkan dengan garam dan gula.
  • Ketepikan sementara.



Cara-cara Penyediaan Sushi Temaki :

  • Susunkan 1 keping nori di atas buluh temaki dan ratakan beras di atas nori tersebut.
  • Selepas itu, susun tuna dan avocado di tengah-tengah nasi.
  • Kemudian, gulungkan daripada hujung nori yang ada nasi supaya menjadi temaki.
  • Akhir sekali potongkan setebal 1.5 cm.



Cara-cara Penyediaan Nigiri :

  • Gorengkan tuna dibahagian permukaan sahaja.
  • Selaputkan tuna dengan serbuk lada hitam secukup rasa dan hiriskan is setebal 0.5 cm tebal.
  • Bentukkan nasi kepada bentuk nigiri dan letakkan sedikit wasabi dan 'Mayonnaise' di atas nigiri.
  • Kemudian, susun tuna di atasnya diikuti telur ikan salmon di atas tuna.



Cara-cara Penyediaan 'California Roll' :

  • Gorengkan tuna dibahagian permukaan sahaja.
  • Selaputkan tuna dengan serbuk lada hitam secukup rasa dan hiriskan setebal 0.5 cm tebal. Biarkan sementara.
  • Susun nori dan letakkan nasi di penjuru nori.
  • Letakkan sedikit wasabi, 'Mayonnaise', timun, lobak dan tuna.
  • Kemudian gulungkan nori supaya menjadi bentuk ‘California Roll’.

No comments:

Post a Comment