Thursday, January 5, 2012

Daging Batang Pinang Bersama Sos - Zamir


Bahan-bahan Daging :
  • 2 batang Daging Batang Pinang
  • Secukup Rasa Garam
  • Secukup Rasa Lada
  • Sedikit Minyak Neuvida

Bahan-bahan Sos Blackberry :
  • 1 biji Bawang Holland (dihiris)
  • 7 biji Blackberry
  • 2 sudu Minyak Neuvida
  • 1 sudu Apple Cider Vinegar
  • 1 sudu besar Gula
  • 100ml Air

Bahan-bahan Kentang dan Sayuran :
  • 2 biji Kentang (turned)
  • 2 batang Lobak Merah (turned)
  • 2 batang Zulkini Kuning (turned)
  • 2 batang Zulkini Hijau (turned)
  • 1 ulas Bawang Putih (dicincang halus)
  • 1 sudu Mentega
  • 1 sudu Minyak Neuvida
  • Air
  • Secukup Rasa Garam
  • Secukup Rasa Lada


Cara-cara Penyediaan Daging :
  • Perapkan daging bersama kesemua bahan-bahan.
  • Kemudian masak di atas kuali dengan api sederhana selama 3-4 minit setiap bahagian.

Cara-cara Penyediaan Sos Blackberry :
  • Panaskan minyak dan masukkan bawang dan masak selama 10-15 minit.
  • Masukkan cuka apple cider dan gula. Kemudian masukkan blackberry.
  • Masak selama 15-20 minit bersama sedikit air.

Cara-cara Penyediaan Kentang dan Sayuran :
  • Rebus kentang dan lobak merah selama 7 minit atau sehingga masak.
  • Panaskan minyak, mentega dan bawang putih dan masukkan zulkini selama 3-4 minit.
  • Tambahkan garam dan lada yang secukupu rasa.

No comments:

Post a Comment