Monday, January 2, 2012

Salad Nusantara - Kumpulan Biru


Bahan-bahan untuk Salad :

      • 6 batang Kacang Panjang (dihiris halus)
      • 1 biji Timun (dipotong kiub)
      • 2 biji Tomato (dipotong kiub)
      • 1 batang Bunga Kantan (hiris halus)
      • 3 helai Daun Limau Purut (dihiris halus)


Bahan-bahan Tumisan :

    • 1 batang Serai
    • 4cm Halia (diketuk)
    • 4cm Lengkuas (diketuk)
    • 3 biji Cili Padi (diketuk)
    • 3 ulas Bawang Putih (diketuk)
    • 1 sudu besar Udang Kering

Bahan-bahan Lain :

      • 1 sudu kecil Belacan
      • 3 sudu besar Gula Perang/Gula Melaka
      • 1 cawan Air
      • 2 biji Jus Limau Nipis
      • 1 genggam Kacang Tanah (ditumbuk)

Cara-cara :


  • Untuk sos salad, panaskan kuali dan masukkan minyak. Kemudian tumiskan bahan tumisan sehingga naik bau.
  • Masukkan belacan dan kacau sehingga belacan larut.
  • Masukkan gula dan air dan didihkan sehingga kuah menjadi pekat.
  • Kemudian angkat dan tapiskan ke dalam mangkuk.
  • Masukkan jus limau nipis. Tambahkan gula secukup rasa pada sos tersebut.
  • Toskan bahan-bahan untuk salad.
  • Hidangkan salad bersama sos dressing dan taburkan kacang tanah di atasnya.



Kumpulan Biru: Zamir (Ketua), Wahidan, Ary Malik, Ezani

No comments:

Post a Comment