Monday, January 2, 2012

Tuna Sear Dengan Sayuran Jeruk Dalam Jus Sitrus - Ezani


Bahan-bahan Tuna :
  • Tuna (dipotong dadu)
  • 4 sudu besar Kicap Shoyu Jepun
  • 1 sudu besar Halia (diparut)
  • 1 ulas Bawang Putih (dicincang halus)
  • ½ tangkai Cili Merah (dicincang halus)
  • Hiasan:
  • Telur Ikan Trout
  • Halia (digoreng garing)

Bahan-bahan Salad :
  • ½ biji Jus Lemon
  • 1 biji Jus Limau Nipis
  • 2 biji Jus Limau Kasturi
  • Secukup Rasa Gula
  • Secukup Rasa Garam
  • ½ biji Timun Jepun (dihiris nipis dan panjang)
  • ¼ batang Lobak Putih (dihiris nipis)
  • 2 biji ‘Radish’ Merah (dihiris nipis)
  • ½ biji Bawang (dihiris nipis)

Cara-cara Penyediaan Tuna :
  • Perapkan tuna dengan kicap shoyu jepun, halia, bawang putih dan cili merah selama 10 minit sehingga meresap.
  • Kemudian, keringkan tuna dengan kertas tisu dan sapukan sedikit minyak pada tuna.
  • Selepas itu, panaskan kuali dengan api sederhana, masakkan tuna selama 2 minit setiap bahagian tuna. Biarkan separuh masak.
  • Biarkan sejuk sebentar dan hiris tuna setebal 0.5 cm.

Cara-cara Penyediaan Salad :
  • Campurkan sayur-sayuran bersama campuran jus lemon, jus limau kasturi dan jus limau nipis.

No comments:

Post a Comment