Monday, January 2, 2012

Mee Soba Bersama Tuna - Wahidan


Bahan-bahan :
  • 350gm Ikan Tuna (dipotong dadu)
  • 3 ulas Bawang Putih (dihiris)
  • 1 ikat Daun Bawang (dihiris)
  • 250gm Tauhu (dipotong)
  • 150gm Kobis (dimayang)
  • 1 peket Stok Udang
  • 250gm Mee Soba
  • 150gm Kacang ‘Edamame’ (dibuang kulit)
  • 1 biji Lada Merah

Cara-cara :
  • Renehkan air untuk mencelur mee soba. Tapiskan apabila sudah masak.
  • Panaskan kuali bersama minyak dan tumiskan bawang sehingga keperangan dan masukkan air stok udang.
  • Biarkan mendidih dan masukkan tauhu, daun bawang dan kacang ‘edamame’. Masak selama 5 minit dan toskan.
  • Akhir sekali, masukkan ikan tuna ke dalam air sup tadi selama 3 minit dan toskan.
  • Masukkan mee soba ke dalam mangkuk hidangan dan letakkan sayur kobis di atasnya.
  • Kemudian, susunkan pula isi ikan tuna di atas mee soba dan sayur kobis.
  • Selepas itu, susunkan pula tauhu, daun bawang dan kacang ‘edamame’ di dalam mangkuk dan tuangkan sup ke dalamnya.
  • Hiaskan dengan daun bawang dan cili merah yang dihirs.
  • Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment