1/2 kg Beras Basmati (Biryani) - direndamkan beras selama 20mins
2 biji bawang besar - dihiris2
10 biji bawang merah - hiris
1 botol kechil - Tairu biasa /Yogurt plain
2 tin tomato buah (sederhana)
2 biji tomato dipotong dadu kasar2
1 tin kechil tomato puree
3 helai ketumbar - dipotong kasar
1 genggam duan pudina (petik duan2nya)
3 akar duan ketumbar - ditumbuk lumat dengan bawang putih
4 ulas bawang putih - ditumbuk dengan akar ketumbar
2 batang kayu manis
2 biji bunga lawang
8 biji buah pelaga
8 biji bunga cengkih
2 sudu teh jintan halus
2 sudu teh serbuk ketumbar
2 sudu teh serbuk kari
5 sudu bawang goreng
3 ikat daun pandan
2 cawan stok daging / ayam
Garam secuckup rasa
1 tin sederhana Minyak sapi atau Mentega & 3 sudu besar minyak masak
Cara2nya
Panaskan minyak diperiok yang, masukan bahan2 bawang hiris, bawang putih, akar ketumbar, rempah (4 kawan) daun pandan, tomato buah, tin & puree dan yogurt. Goreng bahan2 nya hingga bau harum, letakan garam secukup rasa. Masukan beras dan gaulkan pelahan supaya sebati. Bubuhkan daud ketumbar & daun pudina. Tuangkan air stok daging/ayam cukup untuk menanak nasinya.
Tutup periok biarkan nasi nya masak. Gaulkan nasinya semasa separoh masak.
Bila sudah masak, taburkan bawang goreng dan daun ketumbar diatasnya. Sajikan dengan lauk pauknya
No comments:
Post a Comment