Wednesday, January 4, 2012

Filo Berkristal - Kumpulan Biru Merah


Bahan-bahan Beri Hitam :
  • 2 bakul Beri Hitam
  • 200gm Gula Kastor
  • 200ml Air
  • 3 hiris Lemon
  • ½ sudu kecil Estrak Vanila

Bahan-bahan Pastri Krim :
  • 600ml Susu Segar
  • 1 sudu kecil Estrak Vanila
  • 8 biji Telur Kuning
  • ½ cawan Gula
  • 6 sudu besar Tepung Jagung

Cara-cara Penyediaan Beri Hitam :
  • Masukkan gula, air dan strak vanilla ke dalam kuali. Masak kesemua bahan tersebut sehingga gula cair dan angkat dan ketepikan.
  • Kemudian masukkan hirisan lemon.
  • Kemudian tuangkan keatas beri hitam dan gaul dengan perlahan-perlahan.
  • Selepas itu, biarkan sejuk pada suhu bilik.

Cara-cara Penyediaan Pastri Krim :
  • Panaskan kuali dan masukkan susu segar dan estrak vanila. Biarkan mereneh dan masak seketika dan angkat dan ketepikan.
  • Sementara itu, pukul telur dan gula menggunakan 'mixer' elektrik sehingga kembang. Kemudian masukkan tepung jagung dan pukul gaul semula menggunakan 'mixer' elektrik tersebut.
  • Kemudian masukkan sedikit susu yang dimasak tadi ke dalam adunan telur tadi. Gaul sehingga sebati menggunakan sudip. Sambil menggaul, masukkan sedikit demi sedikit baki susu yang telah dimasak tadi.
  • Setelah itu, masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk 'mixer' elektrik dan pukul pada kelajuan sederhana sehingga adunan menjadi tebal/pekat.
  • Angkat dan biarkan seketika.

No comments:

Post a Comment