- 4 ‘Fillet’ Ikan Siakap
- 1 liter Stok ‘Bonito’/Stok Ikan Putih
- 2 sudu besar Kicap Soya Cair
- 4 inci Halia (dihiris nipis)
- 1 sudu teh Lada Hitam (ditumbuk)
- 1 sudu teh Minyak Bijan
- Secukup Rasa Garam
Bahan-bahan Sos Hollandaise :
- 1 keping kecil Ikan Tenggiri Masam (digoreng dan dilenyekkan)
- 1 cawan Mentega (dicairkan)
- 5 biji Jus Limau Kasturi
- 3 biji Kuning Telur
- 1/2 cawan Air Panas
- Secukup Rasa Garam dan Gula
Cara-cara Penyediaan Ikan Siakap Rebus :
- Dengan menggunakan periuk (heavy-based saucepan), campurkan stok ‘bonito’/stok ikan putih, halia, kicap soya cair, minyak bujan, garam dan lada.
- Masak stok tersebuk sehingga menggelegak dan perlahankan api supaya stok tadi ditahap didih sahaja.
- Sementara itu, sediakan ikan dengan meratakan garam dan lada dikeseluruhan ikan. Kemudian, gulungkan ikan dan balutkan dengan menggunakan pembalut plastik (cling film) dan lipan dipenghujungnya.
- Tusukkan dengan menggunakan lidi dan rebuskan selama 5 hingga 10 minit atau sehingga masak.
- Ketepikan untuk hidangan.
Cara-cara Penyediaan Sos Hollandaise :
- Masukkan mentega dan ikan pekasam didalam mangkuk dan tambahkan kuning telur. Pukul sehingga sebati dan masukkan garam dan jus limau.
- Masakkan dengan menggunakan kaedah ‘double boiling’, dan sentiasa pukul sehingga lembut dan pekat.
Hiasan:Kepingan sotong kering bergula dan bergaram.
No comments:
Post a Comment