Monday, January 2, 2012

Puff Mini Ary - Ary Malik


Bahan-bahan Sos Coklat :

  • ½ bar Coklat
  • 4 sudu besar Mentega
  • 4 sudu besar Susu
  • 2 sudu besar Jus Lemon



Bahan-bahan Choux Pastri :

  • 1 cawan Tepung Gandum (diayakkan)
  • ¾ cawan Susu
  • ¾ cawan Air
  • 2 sudu besar Gula Caster
  • 4 sudu besar Mentega
  • secubit Garam
  • 1 sudu teh Estrak Vanilla
  • 3 biji Telur



Bahan-bahan Krim Pastri :

  • 2 sudu besar Tepung gandum (dipukul hingga rata)
  • 2 sudu besar Tepung jagung (dipukul hingga rata)
  • 3 biji Telur (dipukul hingga rata)
  • 3 biji Kuning telur (dipukul hingga rata)
  • 200ml Susu Segar (dipanaskan)
  • 3 sudu besar Gula Jus Lemon (dipanaskan)



Cara-cara Penyediaan Sos Coklat :

  • Menggunakan kaedah double boiled, cairkan coklat, susu krim dan gaul sehingga sebati.
  • Kemudian masukkan mentega dan jus perahan lemon dan kacau hingga mentega cair.



Cara-cara Penyediaan Choux Pastri :

  • Panaskan susu segar, air, gula dan mentega sehingga cair. Biarkan sehingga hampir mendidih, masukkan tepung dan kacau sehingga rata dan sebati.
  • Alihkan dari api dan pukul dan kacau telur satu per satu sehingga kelihatan berkilat alihkan. Masukkan ke dalam ‘beg piping’ dan bentukkan di atas 'parchment paper' dan acuan.
  • Masukkan ke dalam ‘beg piping’ dan bentukkan di atas 'parchment paper' dan acuan.
  • Akhir sekali, masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan dengan suhu 190C untuk 10 minit yang pertama. 10 minit yang terakhir turunkan suhu ke 170–180C.
  • Sejukkan seketika sebelum memasukkan krim pastry.



Cara-cara Penyediaan Krim Pastri :

  • Masukkan tepung ke dalam mangkuk dan pukul bersama kuning telur.
  • Sementara itu, panaskan susu dan gula. Kemudian apabila panas. Masukkan ke dalam bahan tepung dan telur.
  • Sesudah itu, masukkan semula ke dalam periuk dan panaskan hingga pekat dan sebati.
  • Akhir sekali, masukkan jus lemon dan pukul hingga sebati. Biarkan sejuk sebelum memasukkan ke dalam puff.

No comments:

Post a Comment