Monday, January 2, 2012

Tuna Sakura Di Yokohama - Imelda


Bahan-bahan Nasi Sushi :
  • Beras Sushi
  • Jus Lemon
  • Gula
  • Garam

Bahan-bahan 'Sushi Roll' :
  • Tuna (dihirs ½ inci dan dipanggang)
  • Nasi Sushi
  • Timun Jepun (dihiris memanjang)
  • Avocado (dihiris ‘wedges’)
  • Lobak Merah (diparut halus)
  • 'Mayonnaise'

Bahan-bahan Maki :
  • Nasi Sushi
  • Tuna (dihiris nipis)
  • 'Mayonnaise'
  • Telur Ikan Salmon

Bahan-bahan Nigiri :
  • Nasi Sushi
  • Tuna Segar (dihiris)

Bahan-bahan Sos :
  • Wasabi
  • Jeruk Halia
  • Kicap


Cara-cara Penyediaan Nasi Sushi :
  • Beras sushi ditanak hingga masak dan dibiarkan sejuk.
  • Kemudian, campurkan nasi dengan jus lemon, gula dan garam, secukup rasa.
  • Biarkan sementara untuk membuat sushi.

Cara-cara Penyediaan 'Sushi Roll' :
  • Susunkan kepingan nasi di atas tatami dan susunkan timun jepun, avocado, lobak merah secara memanjang.
  • Kemudian, susunkan ikan tuna dan tuangkan 'mayonnaise'.
  • Selepas itu, gulung sushi tersebut kemas-kemas dan hiriskan setebal ½ inci.
  • Ketepikan untuk hidangan.

Cara-cara Penyediaan Maki :
  • Lenyekkan nasi di atas tatami dan biarkannya rata.
  • Kemudian, balutkan dengan isi tuna, 'mayonnaise' dan telur ikan salmon.

Cara-cara Penyediaan Nigiri :
  • Bentukkan nasi kepada bentuk membujur.
  • Hiriskan tuna segar dan letakkan di atas nasi tadi.
  • Lilitkan dengan kepingan Nori.

No comments:

Post a Comment