Thursday, January 5, 2012

Ayam Bersumbat Satu Malaysia - Amita


Bahan-bahan Ayam :
  • 3 sudu besar Kelapa Parut
  • 1 biji Telur Kuning
  • ½ mangkuk Bawang Besar (didadu)
  • 1 sudu besar Minyak Masak
  • Bahan-bahan Perapan:
  • 1 buah Paha Ayam (tulang dikeluarkan)
  • 1 sudu besar Serbuk 5 Rempah
  • 1 ulas Bawang Putih
  • ½ sudu kecil Garam

Bahan-bahan Sos dan Kentang Goreng :
  • 4 kuntum Cendawan Portbello (dihiris)
  • 1 sudu besar Kicap Cair
  • Secukup Rasa Garam
  • 2 sudu besar Bawang Besar
  • 2 sudu besar Mentega
  • 1 sudu kecil Tepung
  • 1 cawan Air
  • Kentang
  • Minyak (untuk mengoreng)

Bahan-bahan Bayam Goreng :
  • 100gm Bayam
  • 3 hiris Kunyit Hidup (ditumbuk halus)
  • 1 ulas Bawang Putih (ditumbuk halus)
  • ½ batang Lobak Merah (dihiris)
  • 2 sudu besar Minyak Masak
  • Secukup Rasa Garam


Cara-cara Penyediaan Ayam :
  • Panaskan ketuhar ke 200C.
  • Panaskan minyak dan goreng bawang besar serta kelapa parut sehingga harum. Masukkan sedikit garam.
  • Keluarkan daripada periuk dan campurkan telur kuning ke dalam.
  • Sumbatkan campuran ini di dalam paha ayam dan ikat dengan tali.
  • Masak ayam di dalam ketuhar selam 10-15 minit.
  • Biar ayam berehat selama 5 minit sebelum memotong.

Cara-cara Penyediaan Sos dan Kentang Goreng :
  • Panaskan mentega dan masak bawang sehingga harum, kemudian masukkan cendawan dan masak sehingga harum.
  • Taburkan serbuk gandum dan masak seketika. Kemudian masukkan kicap cair dan air.
  • Renehkan sos seketika dan masukkan garam secukup rasa.
  • Kubas kulit kentang dan potong kentang secara bulat.
  • Taburkan sedikit garam dan gaul sehingga sekata.
  • Panaskan minyak dan goreng sehingga kuning dan ranggup.

Cara-cara Penyediaan Bayam Goreng :
  • Panaskan minyak dan goreng lobak sehingga lembut.
  • Kemudian, masak kunyit dan bawang putih sehingga harum.
  • Perisakan hidangan dengan sedikit garam.

No comments:

Post a Comment