Monday, January 2, 2012

Ayam Goreng Berempah - Kumpulan Merah


Bahan-bahan Perapan :
  • 1 ekor Ayam (dipotong 16 ketul)
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • 3 sudu besar Serbuk Jintan Manis
  • 3 sudu besar Serbuk Jintan Putih
  • 3 sudu besar Serbuk Cili
  • 4 ulas Bawang Putih
  • 4 ulas Bawang Merah Kecil
  • 3 batang Serai (ditumbuk)
  • ½ cawan Air
  • 1 sudu teh Garam
  • 1 sudu teh Serbuk Lada Hitam



Bahan-bahan Utama :

  • 1 cawan Tepung Gandum
  • 1½ cawan Tepung Beras
  • 1 sudu besar Garam
  • 1 sudu teh Serbuk Jintan Manis
  • 1 sudu teh Serbuk Jintan Putih
  • 1 sudu teh Serbuk Cili
  • 1 sudu teh Serbuk Lada Hitam



Cara-cara :

  • Untuk bahan perapan, kisarkan bawang putih dan merah menggunakan Pengisar PANASONIC dan masukkan sedikit air.
  • Dalam mangkuk yang lain, campurkan serbuk kunyit, serbuk jintan putih, serbuk cili, serai, garam, lada hitam dan bahan yang dikisar tadi.
  • Gaulkan rata bahan-bahan perapan ini bersama ayam dan biarkan diperap selama 1 jam.
  • Setelah diperap, ambil ayam tersebut dan salutkan dengan tepung gandum dan goreng sehingga keperangan dan daging ayam masak (masak di atas api yang sederhana panas).
  • Sedia untuk dihidangkan.




Kumpulan Merah: Imelda(Ketua), Brian, Amita, Felix

No comments:

Post a Comment