Monday, January 2, 2012

Tomyum Seafood - Ary Malik


Bahan-bahan :

  • 1 bungkus kecil Perisa Tomyum Maggi
  • 1 Sudu Kecil Pes Tomyum Maggi
  • 5 ekor Udang (dibersihkan)
  • Sotong sederhana saiz (dibersihkan dan dipotong hirisan)
  • 1 biji Tomato (dipotong ‘wedges’)
  • 4 batang Jagung Muda (dihiris menyerong)
  • 2 helai Daun Limau Purut (dikoyakkan)
  • 7 helai Daun Selasih
  • 2 keping Asam Keping
  • ¼ cawan Santan
  • 2½ cawan Air
  • 1 sudu besar Nampla
  • Secukup Rasa Garam
  • Secukup Rasa Gula
  • Bahan-bahan Tumisan:
  • 2 inci Lengkuas (ditumbuk kasar)


  • 2 batang Serai (dititik)
  • ½ inci Halia (ditumbuk kasar)
  • 3 batang Cili padi (tumbuk kasar)
  • Bahan-bahan Kisar:
  • 10 batang Cili Kering (dibuang biji dan dicelur dalam air panas)
  • ½ biji Bawang Besar
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1 sudu kecil Udang Kering/Belacan
  • *campur 1 cawan air



Cara-cara :

  • Panaskan minyak di dalam periuk dan masukkan bahan tumisan. Gaulkan sehingga naik bau wangi.
  • Kemudian masukkan pula bahan kisar dan biarkan sehingga wangi dan masak.
  • Selepas itu, masukkan asam keping, perisa serbuk dan pes tomyum Maggi untuk seketika hingga sebati. Setelah itu, tambahkan air dan biar mereneh.
  • Masukkan pila daun limau purut dan daun selasih sehingga sebati ke dalam kuah. Apabila telah sebati, keluarkan semula serai, lengkuas, daun, limau purut dan selasih dari periuk.
  • Sesudak itu, masukkan sayuran, udang dan sotong berserta dengan santan dan biar masak.
  • Tambahkan perisa nampla dan perasakan dengan gula. Boleh ditambah sedikit garam secukup rasa.
  • Jikalau kuah menjadi terlalu pekat, tambahkan ½ atau 1 cawan air (mengikut citarasa) dan biarkan seketika

No comments:

Post a Comment