Monday, January 2, 2012

Kambing Panggang Ala Mediteranean - Zamir


Bahan-bahan Kambing Panggang :

  • 500gm Bahagian Kaki Kambing
  • Bahan-bahan Perapan:
  • 1 sudu kecil Serbuk Jintan Putih
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 2 batang Daun Rosemary
  • 1 biji Jus Lemon
  • 6 sudu besar Minyak Neuvida
  • 1 sudu kecil Garam
  • 1 sudu kecil Lada Hitam
  • 5 ulas Bawang Putih



Bahan-bahan Stew Sayuran :

  • ½ batang Timun Jepun (dipotong dadu)
  • ½ batang Terung (dipotong dadu)
  • 2 ulas Bawang Putih (dicincang)
  • 1 biji Bawang Holland (dihiris)
  • ½ biji Lada Benggala (dihiris)
  • Secubit Jintan Putih
  • 1 tin Tomato (dicincang)
  • Secubit Serbuk Cili Kasar
  • 1 sudu kecil Gula
  • Secukup Rasa Garam
  • Secukup Rasa Lada
  • 2 sudu Minyak Neuvida



Bahan-bahan Kentang Lenyek Bersama Bawang Putih :

  • 2 biji Kentang US
  • 5 ulas Bawang Putih
  • 1½ tangkai Cili
  • 100ml Krim
  • 50gm Mentega
  • Secukup Rasa Garam
  • Secukup Rada Lada



Bahan-bahan Sos Tatziki :

  • ¼ biji Timun
  • 250ml Dadih
  • Secubit Jintan Putih
  • 1 ulas Bawang Putih
  • ½ biji Jus Lemon
  • Secukup Rasa Garam
  • Secukup Rasa Lada



Cara-cara Penyediaan Kambing Panggang :

  • Kisar kesamua bahan perapan sehingga halus dan ratakan pada isi kambing. Biarkan diperap selama 3 jam.
  • Setelah itu, dengan menggunakan kuali yang panas, 'sear' kambing pada setiap bahagian sehingga keperangan.
  • Sementara itu, susun daun rosemary bersama bawang putih di atas dulang pembakar dan letakkan kambing tadi di atasnya.
  • Bakarkan selama 25-30 minit untuk 'medium' dengan menggunakan suhu 180C.
  • Akhir sekali, hiriskan daging tersebut nipis-nipis untuk susunan hidangan.



Cara-cara Penyediaan Stew Sayuran :

  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang holland, dan lada benggala selama 5 minit.
  • Seterusnya masukkan timun jepun, terung, jintan serbuk cili kasar dan masak selama 5 minit.
  • Kemudian, masukkan tomato cincang, gula dan masak selama 30 minit.
  • Akhir sekali perasakan bersama garam dan lada.



Cara-cara Penyediaan Kentang Lenyek Bersama Bawang Putih :

  • Rebus kentang 25-30 minit atau sehingga empuk dan buang kulitnya.
  • Sambil itu, masukkan bawang putih dan cili kedalam ketuhar dan masakkan selama 25-30 minit pada suhu 180C.
  • Setelah itu, pisahkan kulit daripada isi pada kedua-dua cili dan bawang putih.
  • Masukkan kentang, bawang putih, cili, krim, mentega, garam dan lada ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus.
  • Ketepikan untuk hidangan.



Cara-cara Penyediaan Sos Tatziki :

  • Masukkan ke semua bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus.

No comments:

Post a Comment