Thursday, January 5, 2012

Manisan Di Bawah Bayu - Wahidan


Bahan-bahan :
  • 300gm Sagu
  • 250gm Gula Melaka
  • 7 helai Daun Pandan
  • 200gm Tepung Jagung
  • 100gm Tepung Gandum
  • 250ml Santan
  • Secukup Rasa Garam
  • 2 biji Telur
  • 5 helai Daun Pudina
  • Secukup Rasa Gula

Cara-cara :
  • Masukkan tepung jagung, tepung gendum dan garam, kemudian masukkan air, kacau sehingga tidak bergentel.
  • Panaskan bahan tadi dengan api yang sederhana dan kacau hingga pekat sedikit.
  • Kemudian masukkan santan, kacau sehingga pekat. Angkat dan ketepikan.
  • Rendam dahulu sagu di dalam air sehingga kembang.
  • Kisar daun pandan untuk menjadi jus pandan dan tapiskan.
  • Didihkan air bersama gula melaka sehingga larut, kemudian masukkan sagu kacau sehingga masak dan pekat. Angkat dan ketepikan.
  • Apabila kedua-dua bahan sudah sejuk masukkan ke dalam mengkuk kecil secara berlapis kemudian sejukkan di dalam peti sejuk.
  • Asingkan kuning dan putih telur, pukul telur ptuih sehingga kembang.
  • Panaskan air untuk memasak telur putih tadi.
  • Apabila sagu dan kastard santan sejuk letakkan putih telur tadi bersama daun pudina untuk hiasan.

No comments:

Post a Comment