Thursday, January 5, 2012

Creme Meringue - Zamir


Bahan-bahan Creme :
  • 4 biji Telur Kuning
  • 200ml Krim
  • 200ml Susu
  • 100ml Santan Cair
  • 75gm Gula Kastor
  • 1 sudu kecil Esen Vanilla

Bahan-bahan Meringue :
  • 4 biji Telur Putih
  • Secukup Rasa Garam
  • 125gm Gula Kastor
  • 1 sudu teh Cuka
  • 1 sudu teh Tepung Jagung

Cara-cara Penyediaan Creme :
  • Panaskan krim, susu dan santan cair bersama esen vanilla sehingga sebelum takat didih.
  • Sambil itu, kacau tekur kuning bersama gula sehingga gula cair.
  • Setelah campuran susu sudah panas, masukkan sikit demi sikit ke dalam campuran telur kuning sambil memukulnya supaya telur kuning tidak termasak.
  • Setelah sebati, masukkan ke dalam 'remakins' atau cawan-cawan kecil yang boleh masuk ke dalam ketuhar.
  • Masukkan ke dalam 'bam marie' dan masak selam 45-55 minit pada suhu 175-180C.

Cara-cara Penyediaan Meringue :
  • Sambil itu, pukul telur putih bersama garam sehingga kembang 3 kali ganda.
  • Setelah itu, masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul sehingga sebati.
  • Masukkan juga campuran cuka dan tepung jagung.
  • Setelah crème sudah masak sejukkan seketika dan letakkan meringue di atasnya.
  • Bakar didalam ketuhar pada suhu 250C selama 5-7 minit.

No comments:

Post a Comment