Monday, January 2, 2012

Pucuk Paku Tumis Lada - Kumpulan Biru


Bahan-bahan Utama :

      • 3 ikat Pucuk Paku (dibersihkan dan dipotong)


Bahan-bahan Kisar :

      • 5 batang Cili Padi
      • 3 batang Cili Hijau
      • 1 biji Bawang Besar
      • 2 ulas Bawang putih
      • 1 inci Halia
      • 1 inci Kunyit Hidup/1 sudu teh serbuk kunyit
      • 1/3 inci Belacan

Bahan-bahan Lain :

        • 1 batang Serai (dihiris)
        • Secukup rasa Garam
        • ½ sudu teh Gula
        • Secukup rasa Lada Sulah
        • 2 biji Cili Merah (dihiris)

Cara-cara :

  • Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan-bahan kisar bersama dengan hirisan serai sehingga naik bau dan wangi.
  • Masukkan pucuk paku dan tunggu sehingga hampir masak.
  • Tambahkan garam, lada sulah secukup rasa dan gula. Masukkan hirisan cili merah dan gaul sebentar.
  • Tutup api, angkat dan ketepikan.
  • Sedia untuk dihidangkan.




Kumpulan Biru: Zamir (Ketua), Wahidan, Ary Malik, Ezani

No comments:

Post a Comment