- 1 biji Bawang Kuning (dibelah separuh)
- 1 sudu besar Minyak Masak
- 2 sudu besar Gula Kaster
- ¼ sudu kecil Garam
- 2 batang Daun Thyme
- 2 helai Pastry Filo
- Mentega (dicairkan)
Bahan-bahan Ayam Gulung :
- Dada Ayam (dibutterfly)
- ½ biji Bawang (dipotong dadu halus)
- 1 ulas Bawang Putih (dicincang)
- 5 biji Cendawan Swiss Brown (didadu besar)
- 3 batang Daun Thyme
- Secukup Rasa Garam
- Secukup Rasa Lada Hitam
- 1 cawan Serbuk Roti
- ½ cawan Walnut (dicincang kasar)
Bahan-bahan Krim Asparagus :
- 5 batang Asparagus
- 3 sudu besar Krim Memasak
- ½ sudu kecil Kulir Lemon (diparut)
- ½ sudu kecil Jus Lemon
- Secukup Rasa Garam
Cara-cara Penyediaan Tart Bawang :
- Letakkan minyak didalam kuali, leperkan kecil dan panaskan api sederhana. Letakkan bawang yang dibelah dan masak perlahan-lahan sehingga 'caramelize' dan keperangan. Terbalikkan untuk masak bahagian sebelah. Apabila bawang sudah lembut sedikit tambahkan gula, garam, thyme dan sedikit air dan biar sehingga menjadi syrup. Padamkan api.
- Sediakan pastri filo, lapiskan 8 keping pastri filo bersaiz 4x4 inci yang disapu mentega cair. Trim untuk muat didalam tin membakar muffin.
- Letakkan bawang (bahagian yang dipotong ke bawah) dan siap didalam tin membakar muffin. Muatkan pastri filo yang telah disediakan ke atas bawang.
- Bakar dalam oven 150C selama 15-20 minit sehingga pastri keperangan.
- Keluarkan tart dengan menterbalikkan tin supaya bawang berada di atas dan pastri di bawah.
Cara-cara Penyediaan Ayam Gulung :
- Sediakan sumbatan ayam, tumis bawang dan bawang putih sehingga lembut, masukkan cendawan dan thyme, masak sehingga keperangan.
- Masukkan serbuk roti dan walnut, goreng hingga garing. Tambahkan garam dan lada hitam secukupnya.
- Lapikkan meja dengan dua lapis 'cling wrap', bentangkan kulit ayam diatasnya. Letakkan dada ayam yang telah 'dibutterfly' diatas kulit ayam. Letakkan bahan sumbatan yang telah disiapkan tadi dan gulung dada ayam. Kemudian gulung dada ayam di dalam kulit ayam dan trim kulit ayam berlebih. Bungkuskan di dalam 'cling wrap' dan ikat kedua-dua hujungnya.
- Panaskan air dalam periuk, bila air mereneh, masukkan bungkusan ayam tadi dan biar masak dengan air mereneh selama 25-30 minit.
- Bila masak, keluarkan dari bungkusan plastik. Panaskan minyak dalam kuali leper, bila betul-betul panas, gorengkan gulungan ayam sedikit sehingga kulit ayam garing keemasan.
- Potong ayam kepada beberapa hiasan dan hidangkan.
Cara-cara Penyediaan Krim Asparagus :
- Rebus asparagus sehingga lembut.
- Masukkan ke dalam pengisar krim, kulit lemon dan jus lemon dan kisar sehingga halus, tambahkan garam secukup rasa.
No comments:
Post a Comment