- 200gm Susu
- 8gm Mentega (dipotong kepada ukuran kecil)
- 140gm Tepung (diayak)
- 5 biji Telur
- 2 sudu teh Gula
- ½ sudu teh Garam
Bahan-bahan Krim :
- 500gm Susu
- 30gm Mentega
- 100gm Gula
- 100gm Kuning Telur
- 40gm Tepung
- ½ sudu teh Estrak Vanilla
Cara-cara Penyediaan Pastri :
- Dengan menggunakan mangkuk, pukul telur sehingga kembang.
- Selepas itu, masukkan susu, mentega, gula dan garam ke dalam periuk dan biarkan mendidih. Pastikan mendidih dengan cepat supaya mentega akan sebati bersama susu dan bukan hanya berada dipermukaan atas sahaja.
- Apabila susu mula mendidih dan mentega cair sepenuhnya, campurkan ke semua tepung dan kacau adunan tersebut dengan cepat.
- Kacau sehingga dasar periuk diliputi dengan lapisan putih. Apabila adunan pati akan menggeluap akan mudah terasing dari bahagian sisi periuk.
- Kemudian, masukkan doh yang panas itu kedalam mangkuk dan masukkan pula telur sikit demi sedikit. Pastikan telur tersebut dipukul sehingga sebati sebelum memasukkan telur yang lain.
- Doh tersebut akan siap apabila kelihatan adunan tersebut nampak licin.
- Selepas itu, masukkan adunan tersebut ke dalam beg pastri (piping bag) dan paipkan keluar kepada bentuk bulat dengan ukuran 4cm dalam diameter di atas kertas pembakar (baking paper).
- Setelah selesai, panaskan ketuhar kepada 200C dan bakar selama 30 minit.
- Apabila pastri tersebut bertukar kepada keperangan, perlahankan suhu ketuhar kepada 170C dan tambahkan masa masakkan selama 20 minit. Pastikan pintu ketuhar tidak dibuka semasa proses tersebut supaya pastri tidak jatuh.
- Pastri yang baik adalah apabila keperangan dan rangup di luar manakala lembut di bahagian dalam.
Cara-cara Penyediaan Krim :
- Adunkan kuning telur bersama ¾ daripda gula kedalam mangkuk sehingga kembang. Dengan perlahan-perlahan, tambahkan tepung dan gaulkan sehingga rata.
- Di dalam periuk, masukkan ¼ gula bersama mentega dan susu. Gaul sehingga mendidih.
- Tuangkan setengah daripada susu kedalam campuran telur dan gaul sehingga rata dan masukkan campuran tersebut ke dalam periuk.
- Biarkan masak dan gaulkan bahan tersebut sehingga mendidih dan pekat.
- Apabila krim kastard telah menggeledak, tutupkan api dan masukkan estrak vanilla.
- Kemudian, tuangkan krim pastri kedalam kuali pembakar supaya sejuk dengan cepat. Krim pastri sepatutnya pekat dan berkilat. Sebelum menggunakan krim pastri tersebut, gaulkan supaya lembut.
No comments:
Post a Comment