Monday, January 2, 2012

Bebiri Jintan Istimewa - Kumpulan Biru


Bahan utama :

    • 6 keping Daging Bebiri/Kambing (dipotong kepada kiub kecil)


Bahan-bahan Kisar :

  • 2 biji Bawang Holland
  • 2 ulas Bawang Putih
  • 1½ inci Halia
  • 5 tangkai Cili Hijau
  • 10 tangkai Cili Kering (direndam dalam air panas)
  • ½ inci Belacan
  • 2 sudu teh Udang Kering



Bahan-bahan Campuran Rempah :

    • 2½ sudu besar Serbuk Cili
    • 3 sudu besar Serbuk Jintan Manis
    • 3 sudu besar Serbuk Jintan Putih
    • **semua dicampur dengan 1 cawan air



Bahan-bahan Rempah Untuk Tumisan :

  • 2 batang Kulit Kayu Manis
  • 5 biji Buah Pelaga
  • 3 biji Bunga Lawang



Bahan-bahan Perisa :

    • Secukup rasa Garam
    • 2 sudu teh Lada Hitam (dikisar)
    • 3 sudu besar Sos Cili
    • 4 suidu besar Kicap Manis



Cara-cara :


  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan rempah untuk tumisan sehingga wangi. Kemudian masukkan bahan-bahan Kisar dan masak selama 5 minit dan naik bau.
  • Masukkkan daging bebiri/kambing dan masak sehingga sedikit keperangan dan sehingga bahan-bahan tadi telah meresap ke dalam daging bebiri/kambing.
  • Kemudian masukkan bahan-bahan campuran rempah dan gaul sehingga sebati.
  • Apabila daging dan rempah sudah hampir masak, masukkan sos cili lada hitam kisar dan kicap manis.
  • Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa. Garam boleh digantikan dengan perisa granule secukup rasa.



Kumpulan Biru: Zamir (Ketua), Wahidan, Ary Malik, Ezani

No comments:

Post a Comment