Monday, January 2, 2012

Daging Bebiri Masak Rendang dan Nasi Mentega Kurma Bersama Sayru Tumisan Dengan Cili - Ary Malik


Bahan-bahan :

  • Berbiri (dipotong kiub)
  • 2 helai Daun Limau Purut
  • 1 helai Daun Kunyit (dimayang)
  • 2 keping Asam Keping
  • ½ cawan Stok Ayam
  • Secukup Rasa Garam
  • Secukup Rasa Gula
  • 1 sudu teh Lada Sulah (1 sudu teh)
  • 1 cawan Santan
  • 1 ½sudu besar Kerisik
  • Bahan-bahan Kisar:
  • ½ biji Bawang Besar
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1 inci Halia


  • 2 batang Cili Hijau
  • 2 batang Cili Merah (dibuang bijinya)
  • 2 sudu besar Serbuk Cili
  • 1½ sudu besar Serbuk Jintan Manis
  • 1½ sudu besar Sebuk Jintan putih
  • *Dikisar bersama ½ cawan air
  • Bahan-bahan Tumisan:
  • 2 biji Bunga Lawang
  • 2 biji Bunga Cengkih
  • 1 batang Kayu Manis
  • 3 batang Buah Pelaga
  • 2 batang Serai



Cara-cara :

  • Panaskan minyak dan masukkan rempah tumisan dan serai. Masak sehingga wangi dan masukkan pula bahan kisar. Gaulkan sehingga rata dan masak.
  • Kemudian masukkan kiub berbiri, asam keping/air asam jawa dan stok ayam.
  • Biarkan mereneh selama 10 minit dan masukkan daun limau purut dan daun kunyit.
  • Gaul supaya bahan-bahan rata. Apabila berbiri hampir masak, masukkan santan dan kerisik.
  • Gaul Sehingga sebati dan masak sehingga berbiri menjadi empuk dan kuahnya pekat.
  • Akhir sekali perisakan bersama lada sulah, garam dan gula secukup rasa.

No comments:

Post a Comment